UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Selamat Datang ke laman sesawang Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan USM!

DSC04117 copy

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya memberikan sepatah dua kata di dalam laman sesawang Pejabat Pengarah, Kampus Kejuruteraan, ini.

Laman sesawang ini diwujudkan sebagai inisiatif kepada pihak-pihak yang berkaitan dalam berurusan dengan Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan USM.  Pejabat Pengarah berpendapat bahawa teknologi masa kini jika digunakan dengan baik akan mendatangkan banyak kelebihan kepada penggunanya, dan begitu juga sebaliknya.

Dengan kewujudan laman sesawang ini diharap dapat memudahkan urusan setiap pengunjung untuk menggunakan perkhidmatan kami di mana ianya akan berfungsi sebagai satu medium penghubung yang efektif di antara pihak pentadbiran pejabat dan semua.

Pejabat Pengarah juga komited untuk terus mempergiatkan usaha serta perancangan sedia ada bagi menambah baik kemudahan laman ini demi melancarkan urusan semua pihak dalam mendapatkan maklumat serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh pejabat ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua staf Pejabat Pengarah yang telah berusaha keras untuk menyiapkan, menyelenggara dan mengemaskini laman sesawang ini demi kemudahan semua.

Semoga, dengan usaha keras di sebalik laman sesawang ini akan mendatangkan hasil yang terbaik yang bukan sahaja boleh disalurkan kepada warga Kampus Kejuteraan USM, malah masyarakat di luar sana juga.

Akhir kata saya mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan melayari laman laman sesawang ini. Semoga tuan-tuan dan puan-puan mendapat maklumat yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Saya juga berharap laman sesawang ini menjadi sumber rujukan berguna anda, para pengunjung laman sesawang ini.

Saya turut mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif anda semua bagi memantapkan lagi kandungan laman sesawang Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan USM ini untuk manfat semua pihak di masa akan datang.

Terima kasih kerana mengunjungi laman sesawang Pejabat Pengarah.

Sekian, Wassalamualaikum W.B.T.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 PROFESOR DATIN DR. AZLINA HARUN@KAMARUDDIN