WARGA LPP PUAS HATI LAYANAN, KEMUDAHAN UNIVERSITI

LPP 9780
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman

NIBONG TEBAL, 8 Ogos 2016 –  Rata-rata warga Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang berkampung selama empat hari dalam Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota Lembaga Pertubuhan Peladang 2016 Peringkat Kebangsaan di sini berpuas hati dengan layanan dan kemudahan yang diberikan.

Tinjauan yang dibuat juga mendapati, semua acara sukan yang dianjurkan berjalan lancar tanpa sebarang kemalangan dan perkara yang tidak diingini berlaku.

LPP 9779
Pengerusi, Lembaga Pertubuhan Peladang, Tan. Sri Dato’ Haji Zainal Dahalan

Menurut Pengerusi, Lembaga Pertubuhan Peladang, Tan. Sri Dato’ Haji Zainal Dahalan berkata program yang sama telah dianjurkan dua tahun sebelumnya di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Pihaknya sangat berpuas hati dan berterima kasih kepada pengurusan tertinggi Universiti Sains Malaysia (USM) kerana membenarkan mereka menjadikan USM sebagai lokasi koordinasi pertandingan.

LPP 9691

Antara acara sukan yang dipertandingkan dan dilaksanakan dalam kawasan Kampus Kejuruteraan adalah bola sepak, bola jaring, bola tampar, sepak takraw, ping pong, tarik tali, larian trek, karom, dart dan congkak.

Turut diadakan kayuhan mesra bersama masyarakat setempat, senamrobik dan gerai promosi produk peladang di Kompleks Sukan sempena Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 6 Ogos 2016 sebagai hari rasmi yang diumumkan oleh mantan Perdana Menteri Kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Tun Hussein.

LPP 9633

Sebagai simbolik pelancaran dan penghargaan kepada Universiti, LPP menyediakan empat pokok benih kelapa MATAG dan ditanam di padang berhampiran Rumah Persatuan.

Sementara itu, bagi Eksekutif Unit Latihan, LPP, Negeri Perak, Wan Khairul Faizee Wan Zulkifli, dia sangat berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program sejak mula menguruskan program tersebut.

LPP Wan Khairul Faizee“Saya akui bahawa banyak perubahan berlaku di saat akhir dan permintaan di luarjangkaan sepanjang menguruskan program dwi tahunan ini”, katanya.

Katanya, selain itu pihak Universiti turut memberikan kerjasama dalam pelbagai aspek demi memastikan program berjalan lancar.

“Secara keseluruhan, perjalanan pertandingan dapat dilaksanakan mengikut jadual dan berjalan dengan lancar tanpa terpalit sebarang masalah besar”, katanya ketika ditemui selepas Majlis Malam Penyempurnaan Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota Lembaga Pertubuhan Peladang 2016 Peringkat Kebangsaan di sini semalam.
 
“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama yang begitu baik diterima oleh jabatan kami dari pihak Universiti terutama dalam hal penginapan, kemudahan sukan, keselamatan dan penggunaan dewan”, katanya lagi.
 
LPP 9790

Yang hadir dalam majlis penyempurnaan ini ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman, Ketua Pengarah, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Malaysia, Dato’ Mohd Salim Taha dan Pengarah, Pusat Penyelidikan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC), Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria mewakil Penolong Naib Canselor/Pengarah.
 
Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Mat Noor Md Zain