PENGARAH DAN STAF PEJABAT DIRAI

 DSC5854

NIBONG TEBAL, 22 Februari – Enam orang kakitangan termasuk pegawai bersama-sama Pengarah diraikan dalam satu Majlis Khas yang dianjurkan oleh Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan bersempena dengan pertukaran tempat bertugas masing-masing.

 

Staf dan pegawai yang dirai adalah Mohd Kamil Ashar serta Suhaimi Shahidin yang akan bertukar ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Wan Zalina Othman ke Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti, Najmah Sabri, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Mohd Hilmi Ab Razak, Kampus Induk dan Ilya Ainaalis Mohd Noor ke Pusat Pengajian Keruteraan Awam.

Majlis turut meraikan Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah yang dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa menggantikan Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal.

 DSC5816

Profesor Dr. Ahmad Farhan melalui amanat beliau memohon agar Pejabat Pengarah akan terus mengekalkan peranan sedia ada sebagai peneraju utama dalam kemajuan kampus.

“Sebagai nadi kampus, bersama kita mengatasi halangan-halangan mencabar dan terus menjadi pemangkin kepada pelaksanaan-pelaksanaan yang lebih terkehadapan kelak,” kata Ahmad Farhan.

Selain itu, beliau turut menyarankan agar meraka yang telah dilantik ke Pejabat dan Pusat Pengajian baharu agar menjadi duta kecil kepada Pejabat Pengarah.

“Kekalkan momentum sedia ada dan pastikan apa yang telah dipelajari serta dipersembahkan ketika anda semua berada di sini di implementasikan di tempat baharu masing-masing,” tambah Pengarah Kampus Kejuruteraan sejak tahun 2016 ini.

Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah akan memulakan tugas beliau di Pejabat baharu beliau di Kampus Induk pada 15 Mac akan datang.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin