Skip to main content

Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan USM

AMANAH SEBAGAI PENGARAH KAMPUS, AKAUNTABILITI DAN KREDIBILITI PERLU SELARI – PROF. AZAZI

271136853 3041252372857644 3429096213330513076 n

NIBONG TEBAL, 5 Januari 2022 – “Pelantikan semula sebagai Pengarah Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) adalah satu amanah yang besar di mana kredibiliti dalam memimpin dan akauntabiliti terhadap yang dipimpin perlu saya selarikan demi kebaikan bersama,”.

Perkara ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Profesor Dr. Nor. Azazi Zakaria ketika diminta mengulas akan pelantikan semula beliau untuk jawatan tersebut untuk tempoh yang berkuatkuasa dari 1 Januari 2022 sehingga 10 April 2023. 

“Bagi saya, untuk mengemudi tampuk pimpinan kampus di sebuah institusi pendidikan bertaraf antarabangsa seperti USM itu sendiri sudah menjadi cabaran yang besar dan bukan mudah untuk dilaksanakan,” kata beliau. 

“Pengarah bukan sekadar memegang peranan sebagai pemimpin tertinggi, tapi juga harus menjadi model peranan di mana setiap tindakan, prestasi serta arahan yang dilaksanakan akan sentiasa diperhatikan serta dijadikan contoh oleh warganya,” terang Azazi. 

“Oleh yang demikian, saya dengan penuh tanggungjwab akan cuba untuk menggalasnya sebaik mungkin sambil meneruskan beberapa perancangan sedia ada atau terdahulu dalam memastikan kampus ini membangun dengan lebih selesa khususnya untuk pelajar-pelajar kita,” tambah beliau lagi. 

Azazi berkata, antara perojek yang akan diteruskan oleh beliau dan pasukan adalah seperti Projek Solar, Projek Gerbang dan Projek Hostel Pelajar dengan 800 katil melalui kaedah Request for Proposal (RFP). 

“Selain daripada itu, pengalaman menjawat jawatan ini sejak tahun 2017 juga akan saya jadikan sebagai panduan untuk menambah baik prestasi Kampus Kejuruteraan USM selepas ini. 

“Kita akan berusaha bersama dalam memastikan kampus ini, bukan sahaja akan menarik minat pelajar dari dalam serta luar negara untuk melanjutkan pengajian tetapi juga menarik minat lebih ramai pihak luar terutamanya industri untuk kerjasama jangka panjang mahupun jangka pendek demi memperkasakan lagi nama baik universiti,” kata Azazi.