TATACARA PERMOHONAN AUDIO VISUAL
- Mengisi borang permohonan dengan lengkap dan diserahkan kepada Bahagian Audio Visual.
- Borang permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya TUJUH HARI sebelum dari tarikh pinjaman.
- Bagi peralatan yang hendak dibawa keluar dari kampus, perlu dipohon 10 hari sebelum tarikh pinjaman untuk urusan penyediaan insuran.
- Bagi projek pelajar, perlu disertakan borang kebenaran projek yang telah diluluskan oleh BHEPP.
- Permohonan pinjaman adalah untuk kegunaan rasmi sahaja dan bukan untuk tujuan persendirian.
- Proses peminjaman dan pemulangan peralatan hanya pada hari bekerja (waktu pejabat).
- Pengguna perlu mengambil sendiri peralatan yang hendak dipinjam dan pastikan peralatan tersebut berfungsi dengan baik.
- Pengguna bertanggungjawab ke atas keselamatan peralatan yang dipinjam.
- Pengguna perlu membuat laporan bertulis kepada Jabatan Keselamatan jika peralatan yang dipinjam hilang sewaktu tempoh pinjaman.
- Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Audio Visual - 04-599 5404/5405/5408/5254.
Borang Permohonan Pinjaman Peralatan Audio Visual
SYARAT DAN PERATURAN PINJAMAN ALATAN MEDIA
Carta Alir Pinjaman Peralatan Audio Visual untuk Pelajar & Staf