Skip to main content

Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan USM

USM DEKATI ANAK-ANAK YATIM RUMAH GEMILANG, SIK, KEDAH

Adik DSCN0240

KEDAH, 1 Disember 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pejabat Pengarah, Kampus Kejuruteraan mendekati anak-anak yatim dengan pengisian ceramah motivasi di Rumah Gemilang, Sik, Kedah di sini hari ini.

Seramai lebih 70 anak-anak yatim yang berumur antara tujuh hingga 17 tahun dan berada dibawah naungan rumah tersebut gembira dengan kehadiran seramai 15 orang staf terdiri daripada Pejabat Pengarah, Jabatan Pendaftar, Jabatan Keselamatan dan Jabatan Pendaftar kampus ini.

ADIK DSCN0327

Menurut Ketua Projek yang juga merupakan Penolong Pendaftar, Pejabat Pengarah, berkata, program tersebut merupakan salah satu agenda universiti untuk melihat program libat sama komuniti menjadi sebahagian sumbangan berterusan  terhadap masyarakat yang memerlukan.

ADIK Kamil"Apabila Pejabat Pengarah menerima permohonan sumbangan dari rumah ini, kami terlintas untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat dan akhirnya kami berjaya mengumpulkan sedikit barangan dan keperluan untuk dikongsi bersama mereka", katanya ketika menyampaikan ucapan mewakili Penolong Naib Canselor.

Katanya lagi, walaupun barangan dan sumbangan yang diperolehi tidak begitu besar tetapi ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban dan memberi manfaat kepada anak-anak yatim itu.

"Program-program seperti ini sebenarnya merupakan salah satu agenda universiti iaitu kemanusian dan kebersamaan", jelasnya lagi.

"Semoga amal jariah ini diterima dan diberkati Allah SWT dan yang penting program ini telah mencapai objektif iaitu semangat saling bantu membantu kepada yang memerlukan seterusnya dapat mengeratkan ukhwah sesama kita dan pasti akan menjadi kenangan kepada semua yang terlibat", katanya mengakhiri ucapan.

ADIK DSCN0329

Rumah Gemilang yang bernaung dibawah Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak-Anak Yatim Daerah Sik (ADIK) ini mempunyai beberapa lagi cawangan di kawasan sekitar.

Ceramah motivasi bertajuk “Transformasi Kecemerlangan Remaja Desa” telah disampaikan oleh pensyarah, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Profesor Madya Dr. Mohd Azmier Ahmad.

ADIK DSCN0310

Sebanyak RM2,338.00 berjaya dikumpul dan barangan seperti katil, pakaian, alat senaman serta barang mentah telah diserahkan kepada penyelia Rumah Gemilang, Mohd Suhaimi Abidin.

Program tersebut turut mendapat sokongan daripada Penolong Naib Canselor, Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Teks: Norafiza Osman / Foto: Mat Noor Md Zain