SYARAT DAN PERATURAN PINJAMAN ALATAN MEDIA
SYARAT DAN PERATURAN PINJAMAN ALATAN MEDIA
- Peralatan yang dipinjam hanya untuk aktiviti-aktiviti rasmi Universiti dan aktiviti siswa sahaja
- Pengguna perlu memastikan peralatan yang diambil berfungsi dengan baik sebelum digunakan
- Pemohon perlu menggunakan peralatan dalam masa yang dibenarkan dan mengembalikan peralatan pada tarikh dan masa yang ditetapkan serta berada dalam keadaan baik
- Pemohon perlu bertanggungjawab terhadap keadaan, keselamatan, kerosakan/kehilangan peralatan yang dipinjam
- Peralatan yang ingin dipinjam boleh diambil pada setiap hari bekerja (Isnin – Jumaat) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
- Pengguna perlu membuat laporan bertulis kepada Jabatan Keselamatan jika peralatan yang dipinjam hilang sewaktu tempoh pinjaman
Pejabat Pengarah berhak membatalkan kelulusan permohonan pada bila-bila masa sekiranya pemohon/pengguna tidak mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan