SYARAT DAN PERATURAN PENGGUNAAN DEWAN UTAMA
Syarat dan Peraturan Pentadbiran
-
Boleh digunakan oleh pelajar dan kakitangan untuk sebarang program/aktiviti yang berkaitan dengan universiti
-
Keutamaan penggunaan dewan adalah tertakluk kepada program/aktiviti rasmi universiti atau kampus
-
Hanya dibenarkan untuk program/aktiviti pelajar yang dikendalikan bersama atau diluluskan oleh Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (BHEPP) sahaja
-
Program/aktiviti pelajar yang memerlukan kapasiti dewan yang lebih besar disaran supaya diadakan di Dewan Pusat Pembangunan Siswa (PUMA)
-
Tentatif program/aktiviti perlu diserahkan ke Pejabat Pengarah sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ia dilaksanakan
-
Boleh disewakan kepada pihak luar berdasarkan kepada acara tertentu dengan kadar sewaan yang telah ditetapkan (Majlis kenduri perkahwinan atau yang seumpama dengannya adalah tidak dibenarkan)
Syarat dan Peraturan Teknikal
-
Pemohon/pengguna perlu hadir semasa pemasangan peralatan audio/visual dilakukan
-
Semua peralatan audio/visual yang disediakan semasa program/aktiviti dijalankan adalah tanggungjawab pengguna
-
Kemudahan dewan seperti langsir dan houselight perlu dikawal oleh pengguna sendiri
-
Tidak dibenarkan menggantung sebarang benda pada Lighting Barrel
PEJABAT PENGARAH BERHAK MEMBATALKAN KELULUSAN PERMOHONAN PADA BILA-BILA MASA SEKIRANYA PEMOHON/PENGGUNA TIDAK MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN |