Profil

bangunan pentadbiran sisi

Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan menawarkan beberapa kemudahan Universiti seperti Dewan Utama, Dewan Serbaguna, Dewan Kuliah untuk kegunaan Majlis Perkahwinan, Majlis Konvokesyen, Seminar, Kursus, Ceramah Motivasi, Peperiksaan dan seumpamanya.  Kami turut menyediakan sewaan dalam bentuk pakej untuk tujuan program Hari Keluarga, Sukan Jabatan, pertandingan dan sesuai untuk sebarang majlis seperti yang diinginkan. Ini termasuk kemudahan penginapan bertaraf apartment dan hostel, kemudahan sukan, kolam memancing, kayak dan sebagainya.

Kenapa anda perlu memilih kami?

  • Dewan yang kondusif dan dilengkapi peralatan audio visual
  • Harga yang berpatutan
  • Kawasan parkir yang selesa (2500 lot disediakan)
  • Tahap keselamatan yang tinggi
  • Keadaan trafik yang baik
  • Kafeteria dengan pelbagai jenis makanan
  • Persekitaran yang nyaman dan tenteram

Kami juga menawarkan tapak jualan kepada para pelanggan yang ingin mempromosi atau menjual produk-produk perniagaan masing-masing terutama kepada warga kampus seramai lebih 4,000 orang.  

Jika anda bercadang untuk mengadakan sebarang majlis mahupun jualan atau promosi, sila berkunjung ke Kampus Kejuruteran, USM, Nibong Tebal. Kami amat mementingkan kepuasan pelanggan kami. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami di talian 04-599 5003/5004/5056 atau hantarkan e-mail ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sebarang komen atau maklumbalas daripada anda amat kami hargai. Terima kasih.