Tatacara Permohonan Audio Visual

  1. Mengisi borang permohonan dengan lengkap dan diserahkan kepada Bahagian Audio Visual.

  2. Borang permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya TUJUH HARI sebelum dari tarikh pinjaman.

  3. Bagi peralatan yang hendak dibawa keluar dari kampus, perlu dipohon 10 hari sebelum tarikh pinjaman untuk urusan penyediaan insuran.

  4. Bagi projek pelajar, perlu disertakan borang kebenaran projek yang telah diluluskan oleh BHEPP.

  5. Permohonan pinjaman adalah untuk kegunaan rasmi sahaja dan bukan untuk tujuan persendirian.

  6. Proses peminjaman dan pemulangan peralatan hanya pada hari bekerja (waktu pejabat).

  7. Pengguna perlu mengambil sendiri peralatan yang hendak dipinjam dan pastikan peralatan tersebut berfungsi dengan baik.

  8. Pengguna bertanggungjawab ke atas keselamatan peralatan yang dipinjam.

  9. Pengguna perlu membuat laporan bertulis kepada Jabatan Keselamatan jika peralatan yang dipinjam hilang sewaktu tempoh pinjaman.

  10. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Audio Visual - 04-599 5404/5405/5408/5254.

 Borang Permohonan Pinjaman Peralatan Audio Visual pdf


PENGGUNA PERLU MEMATUHI SYARAT-SYARAT PINJAMAN YANG TELAH DITETAPKAN animated arrow image 0193

 Divider

Carta Alir Pinjaman Peralatan Audio Visual untuk Pelajar & Staf

Carta Alir Proses Pinjaman Peralatan Audio Visual