Pengenalan
Pengenalan
Pejabat Pengarah mempunyai beberapa dewan dibawah seliaan yang digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan, kursus, seminar, majlis rasmi universiti dan dilengkapi dengan peralatan audio visual dan terbuka kepada semua staf dan pelajar yang berkhidmat atau belajar serta sewaan kepada pihak luar.
Terdapat juga kemudahan foyer berbentuk mendatar yang boleh digunakan dalam aktiviti sukan, jamuan, pameran dan seumpamanya.
Selain itu, Pejabat Pengarah turut menyediakan kemudahan Bilik Mesyuarat dan Bilik Tetamu (VIP) atau Bilik Menunggu yang kondusif untuk program-program khas. Penggunaan bilik-bilik ini adalah bergantung kepada kelulusan Penolong Naib Canselor/Pengarah.