Skip to main content

Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan USM

UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Selamat Datang ke laman sesawang Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan USM!      

                                                                                    

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.  

Selamat datang ke laman sesawang rasmi Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM)!

Sebagai sebuah institusi yang berteraskan kecemerlangan akademik dan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan, Kampus Kejuruteraan USM komited untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dan berinovasi tinggi. Dalam era teknologi yang pesat berkembang, adalah tanggungjawab kami untuk memastikan ilmu dan kemahiran yang dimiliki sentiasa relevan dengan keperluan industri serta masyarakat.

Tahun 2026 akan menjadi tahun yang bermakna bagi Kampus Kejuruteraan USM, di mana kita akan menyambut Jubli Perak, menandakan 25 tahun penubuhan kampus ini. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai kejayaan telah dicapai hasil usaha gigih warga kampus, pelajar, alumni, serta rakan-rakan industri dan masyarakat. Sambutan Jubli Perak bukan sekadar meraikan pencapaian lalu, tetapi juga memperkukuh hubungan dengan semua pihak dalam usaha membina masa depan yang lebih cemerlang.

Oleh itu, sempena sambutan yang istimewa ini, kami berhasrat untuk mengukuhkan lagi kerjasama dengan pelbagai pihak demi memperluaskan jaringan strategik dan meningkatkan daya saing institusi ini.

Sebagai Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, saya mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan kolaborasi daripada pemain industri, agensi kerajaan, institusi akademik, serta mana-mana pihak yang berminat untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan ilmu, teknologi, dan inovasi. Perkongsian strategik ini adalah penting dalam memperkasakan pendidikan kejuruteraan dan memperluaskan impak penyelidikan serta pembangunan demi manfaat yang lebih besar kepada negara dan dunia.

Akhir kata saya mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan melayari laman laman sesawang ini. Semoga laman sesawang ini menjadi platform untuk anda mendapat maklumat yang diperlukan dengan mudah dan cepat.

Cadangan dan pandangan positif anda semua bagi memantapkan lagi kandungan laman sesawang Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan USM ini adalah dialu-alukan untuk manfat semua pihak di masa akan datang.

Terima kasih kerana mengunjungi laman sesawang Pejabat Pengarah.

Sekian, Wassalamualaikum W.B.T.

 

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

PROFESOR IR. DR. MARIATTI JAAFAR @ MUSTAPHA