Skip to main content

Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan USM

Profil Pejabat Pengarah

Latar Belakang

Bermula pada bulan Mei 1986, penubuhan Kampus Sementara Cawangan Perak bertempat di Bangunan Lama Majlis Perbandaran, Ipoh maka bermulanya sejarah penubuhan Pejabat Pengarah, Kampus Kejuruteraan. Profesor Madya Dr. Mohd Muslim Mohd Yusoff merupakan Pengarah Kampus yang pertama telah dilantik pada ketika itu untuk memastikan pengoperasian dan pentadbiran USM KCP berjalan lancar.

Legasi Pejabat Pengarah, Kampus Kejuruteraan diteruskan di  Nibong Tebal, Pulau Pinang yang dipindahkan dari kampus sebelumnya iaitu Seri Iskandar, Perak pada bulan Mei 2001. Bermula dengan seorang Pegawai Tadbir (N41) dan seorang Setiausaha dibantu oleh Pembantu Tadbir (P/O), Pembantu Tadbir Rendah serta Pembantu Am Pejabat.

Perkembangan pejabat ini mengalami beberapa perubahan mengikut keadaan semasa. Bermula 1 April 2002 Exco Universiti memutuskan bahawa Pengarah Kampus Kejuruteraan yang baru tidak akan dilantik untuk menggantikan Profesor Dr. Kamarudin Hussin yang dipinjamkan ke Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM).

Berikutan dengan itu, berdasarkan kepada perjumpaan khas pada 10 Mei 2002 yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Sabarudin Mohd bersama Dekan dan Ketua Jabatan telah bersetuju supaya Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan Kampus Kejuruteraan (JPPKK) ditubuhkan. Jawatankuasa ini bertindak sebagai perantara diantara Kampus Kejuruteraan dengan Naib Canselor.

Semasa tempoh pembubaran ini berlaku, tugas Pengarah Kampus telah diambil alih oleh Penyelaras yang dilantik oleh Naib Canselor. Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dan Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed merupakan dua tokoh yang pernah menjadi Penyelaras Kampus Kejuruteraan.

Kesan pembubaran turut dirasai oleh beberapa staf Pejabat Pengarah dimana Pegawai dan Pembantu Tadbir  telah diserap ke Jabatan Pendaftar yang pada ketika itu adalah dibawah seliaan Puan Jamahyah Basiron selaku Timbalan Pendaftar manakala Setiausaha Pengarah Kampus telah ditempatkan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam dan Pembantu Am Pejabat ditempatkan di BHEPP.

Namun begitu, berdasarkan keputusan pihak pengurusan universiti, Pejabat Pengarah kembali diwujudkan pada tahun 2009 dibawah pentadbiran Profesor Dr. Khairun Azizi Mohd Azizli selaku Pengarah Kampus diikuti dengan Profesor Dr. Abd Aziz Tajudin, Profesor Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak dan kini  diterajui oleh Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Sepanjang tempoh kewujudannya seramai lapan (8) orang Pengarah Kampus telah menjadi peneraju tampuk pimpinan Kampus kejuruteraan manakala enam (6) orang Pegawai Tadbir telah mengetuai pejabat ini.

Pada masa sekarang Jabatan ini diketuai seorang (1) Ketua Jabatan,  seorang (1) Pegawai Tadbir, seorang (1) Setiausaha Eksekutif, seorang (1) Penolong Pegawai Tadbir, seorang (1) Pereka, dua (2) orang Pembantu Tadbir  dan seorang (1) Pemandu.

Terdapat juga seramai 8 orang Penolong Jurutera dibawah seliaan Pejabat Pengarah yang dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara Kompleks Dewan Kuliah dan Dewan-Dewan yang tertentu di Kampus ini. Kesemua Penolong Jurutera ini adalah merupakan staf teknikal daripada Unit Perkhidmatan Akademik (UPA) yang telah dibubarkan pada tahun 2003 dan ditempatkan dibawah Jabatan Pendaftar sebelum diserap dibawah seliaan Pejabat Pengarah.

Pejabat Kualiti Akademik dan Akreditasi juga merupakan cabang seliaan Pejabat Pengarah yang terdiri daripada seorang Penyelaras, seorang Setiausaha Eksekutif dan seorang Pembantu Tadbir. Walau bagaimanapun, pejabat ini terletak berasingan dengan Pejabat Pengarah iaitu di Bangunan Kantin, Pusat Kakitangan dan Pelajar (ST) bersebelahan dengan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia.

Visi

Membina budaya kreatif dan inovasi serta kerja berpasukan dalam mencapai matlamat Universiti

Misi

Memberi Perkhidmatan yang Efisyen dan Profesional Dalam Aspek Pengurusan Program Rasmi, Kemudahan Dewan, Media dan Penerbitan, Protokol, Informasi serta Pengurusan Lawatan

Auditorium
Dewan Kuliah
Dewan Utama
Dewan Serba Guna
Pejabat Pengarah
Piagam Pelanggan

Memberikan perkhidmatan pemudahcara dalam Aspek Pengurusan Program Rasmi, Kemudahan Dewan, Media dan Penerbitan, Protokol dan Pengurusan Lawatan kepada Pelanggan mengikut piawaian secara profesional

Objektif
  • Melaksanakan pengurusan majlis dan protokol mengikut piawaian secara profesional

  • Menyelaras dan memantau penyebaran maklumat yang tepat melalui medium teknologi maklumat, media cetak dan elektronik

  • Merancang penyediaan bahan penerbitan yang bermaklumat dan  berkualiti  secara  komprehensif

  • Menyelaras, menyelenggara dan memantau aktiviti yang melibatkan penggunaan dewan

  • Bertanggungjawab mempengerusikan mesyuarat pengurusan dan jawatankuasa di bawahnya

  • Menyediakan sistem penyampaian terbaik dalam aspek perkhidmatan perhubungan awam kepada pelanggan

  • Menyebar dan mempromosi maklumat mengenai aktiviti-aktiviti rasmi universiti

  • Menyelaras ruang, peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

  • Menyelaras dan memantau hal-hal yang berkaitan Kualiti dan Akreditasi

  • Menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan perhubungan awam

  • Merancang hubungan dan jaringan luar
Peranan
  • Merancang dan menguruskan aktiviti mesyuarat peringkat kampus dan mesyuarat jawatankuasa di bawahnya

  • Menyebar dan mempromosi maklumat mengenai aktiviti-aktiviti rasmi universiti

  • Menyelaras dan memantau penyebaran maklumat rasmi semasa dengan tepat

  • Menyelaras dan mengurus tadbir urusan dan aktiviti rasmi universiti

  • Menyelaras ruang, peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

  • Perantara pengurusan dan proses lawatan luar dan dalam

  • Memastikan penyediaan bahan maklumat kepada media berdasarkan keperluan

  • Bertindak mengurus maklumbalas  isu dan aduan berdasarkan piawaian