Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan menawarkan beberapa kemudahan Universiti seperti Dewan Utama, Dewan Serbaguna, Dewan Kuliah untuk kegunaan Majlis Perkahwinan, Majlis Konvokesyen, Seminar, Kursus, Ceramah Motivasi, Peperiksaan dan seumpamanya. Kami turut menyediakan sewaan dalam bentuk pakej untuk tujuan program Hari Keluarga, Sukan Jabatan, pertandingan dan sesuai untuk sebarang majlis seperti yang diinginkan. Ini termasuk kemudahan penginapan bertaraf apartment dan hostel, kemudahan sukan, kolam memancing, kayak dan sebagainya.