DEWAN
DEWAN
Pejabat Pengarah mempunyai beberapa dewan dibawah seliaan yang digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan, kursus, seminar, majlis rasmi universiti dan seumpamanya yang dilengkapi dengan alatan tertentu seperti LCD Projector skrin dan PA system dan terbuka kepada semua staf dan pelajar yang berkhidmat/belajar serta sewaan kepada pihak luar di Kampus Kejuruteraan.
Dewan dibawah Seliaan Pejabat Pengarah
Nama Dewan | Kapasiti | Konsep | Justifikasi | Sewaan Pihak Luar |
Dewan Utama (DU) | 1,800 | Umum (mendatar) | Peperiksaan & Majlis Rasmi | Ya |
Dewan Serbaguna (DSG) | 400 | Umum (mendatar) | Peperiksaan, Pengajian/Pembelajaran & Majlis Tertentu | Ya |
Dewan Seminar | 80 | Umum (mendatar) | Aktiviti Universiti | Tidak |
Dewan Lain dibawah Seliaan Pejabat Pengarah
Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah
Foyer
*Sewaan kepada pihak luar akan dikenakan caj yang telah ditetapkan oleh Universiti
Untuk tempahan dewan, pemohon boleh mengisi borang tempahan secara online melalui Sistem Permohonan Online (SPO) dengan login ke http://servisdesk.eng.usm.my/default.asp?ptj=pengarah menggunakan ID pengguna dan kata laluan Campus Online.
Maklumat tambahan
Permohonan daripada pelajar perlu disertakan bersama borang khas/surat rasmi yang telah disahkan dari Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (BHEPP) dan Pengarah Kampus
Kelulusan bergantung kepada justifikasi yang kukuh dan keutamaan penggunaan dewan adalah tertakluk kepada program/aktiviti rasmi universiti atau kampus
Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya empat (4) hari bekerja sebelum majlis. Jika sebaliknya, permohonan akan berstatus TIDAK LENGKAP dipaparkan pada sistem. Pemohon perlu menghubungi Pejabat Pengarah untuk tindakan selanjutnya
Borang tempahan yang telah dicetak perlu disahkan oleh Ketua Jabatan/Pegawai sebelum dimajukan ke Pejabat Pengarah
Pemohon perlu berurusan dengan Bahagian Media, Pejabat Pengarah sekurang-kurangnya sehari sebelum majlis untuk pengesahan peralatan dan hal-hal berkaitan teknikal supaya majlis berjalan lancar
Sebarang pembatalan permohonan perlu dimaklumkan segera supaya tempahan dapat dimanfaatkan oleh pemohon lain
Pemohon perlu mematuhi syarat dan peraturan penggunaan dewan yang telah ditetapkan oleh Universiti
Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut:
Nama : Puan Wan Zalina Othman
Tel : 04-599 5004
Emel :
LINK:
SYARAT DAN PERATURAN PENGGUNAAN DEWAN UTAMA
PERATURAN DAN GARIS PANDUAN KEBERSIHAN DEWAN
GAMBAR BILIK MESYUARAT PEJABAT PENGARAH
GAMBAR FOYER