GAMBAR DEWAN
Auditorium
Dewan Kuliah
SYARAT DAN PERATURAN PINJAMAN ALATAN MEDIA
SYARAT DAN PERATURAN PINJAMAN ALATAN MEDIA
- Peralatan yang dipinjam hanya untuk aktiviti-aktiviti rasmi Universiti dan aktiviti siswa sahaja
- Pengguna perlu memastikan peralatan yang diambil berfungsi dengan baik sebelum digunakan
- Pemohon perlu menggunakan peralatan dalam masa yang dibenarkan dan mengembalikan peralatan pada tarikh dan masa yang ditetapkan serta berada dalam keadaan baik
- Pemohon perlu bertanggungjawab terhadap keadaan, keselamatan, kerosakan/kehilangan peralatan yang dipinjam
- Peralatan yang ingin dipinjam boleh diambil pada setiap hari bekerja (Isnin – Jumaat) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
- Pengguna perlu membuat laporan bertulis kepada Jabatan Keselamatan jika peralatan yang dipinjam hilang sewaktu tempoh pinjaman
Pejabat Pengarah berhak membatalkan kelulusan permohonan pada bila-bila masa sekiranya pemohon/pengguna tidak mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan
ALATAN MEDIA
ALATAN MEDIA
Bahagian Media, Pejabat Pengarah menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan media untuk mana-mana PTJ dan terbuka kepada semua staf dan pelajar yang berkhidmat/belajar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan, kursus, seminar, majlis rasmi universiti dan seumpamanya.
Permohonan pinjaman alatan ini boleh dibuat terus dengan Bahagian Media yang berpejabat di bawah Kompleks Dewan Kuliah.
Peralatan yang disediakan
Panduan Tempahan Peralatan
- Mengisi borang permohonan dengan lengkap dan diserahkan kepada Bahagian Media
- Pemohon perlu mematuhi syarat-syarat pinjaman yang telah ditetapkan
- Borang permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum dari tarikh pinjaman
- Bagi projek pelajar, perlu disertakan borang kebenaran projek yang telah diluluskan oleh BHEPP
- Permohonan pinjaman adalah untuk kegunaan rasmi sahaja dan bukan untuk tujuan persendirian
- Pemohon bertanggungjawab ke atas keselamatan peralatan termasuk dari segi pengambilan dan pemulangan peralatan
- Bagi peralatan yang hendak dibawa keluar dari kampus, perlu mengemukakan permohonan 10 hari sebelum tarikh pinjaman untuk urusan penyediaan insuran
- Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Media di sambungan 04-599 5404/5405/5408/5254
Maklumat Tambahan
Dewan-Dewan Kuliah (1 hingga 11), Auditorium, Dewan Utama, Dewan Seminar dan Dewan Peperiksaan Baru telah disediakan sistem audio dan LCD Projector (Komputer tidak disediakan).
Walau bagaimanapun, bagi Dewan Kuliah 1 hingga 9, komputer yang disediakan adalah untuk sesi kuliah semester sahaja.
SYARAT DAN PERATURAN PENGGUNAAN DEWAN UTAMA
Syarat dan Peraturan Pentadbiran
-
Boleh digunakan oleh pelajar dan kakitangan untuk sebarang program/aktiviti yang berkaitan dengan universiti
-
Keutamaan penggunaan dewan adalah tertakluk kepada program/aktiviti rasmi universiti atau kampus
-
Hanya dibenarkan untuk program/aktiviti pelajar yang dikendalikan bersama atau diluluskan oleh Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (BHEPP) sahaja
-
Program/aktiviti pelajar yang memerlukan kapasiti dewan yang lebih besar disaran supaya diadakan di Dewan Pusat Pembangunan Siswa (PUMA)
-
Tentatif program/aktiviti perlu diserahkan ke Pejabat Pengarah sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ia dilaksanakan
-
Boleh disewakan kepada pihak luar berdasarkan kepada acara tertentu dengan kadar sewaan yang telah ditetapkan (Majlis kenduri perkahwinan atau yang seumpama dengannya adalah tidak dibenarkan)
Syarat dan Peraturan Teknikal
-
Pemohon/pengguna perlu hadir semasa pemasangan peralatan audio/visual dilakukan
-
Semua peralatan audio/visual yang disediakan semasa program/aktiviti dijalankan adalah tanggungjawab pengguna
-
Kemudahan dewan seperti langsir dan houselight perlu dikawal oleh pengguna sendiri
-
Tidak dibenarkan menggantung sebarang benda pada Lighting Barrel
PEJABAT PENGARAH BERHAK MEMBATALKAN KELULUSAN PERMOHONAN PADA BILA-BILA MASA SEKIRANYA PEMOHON/PENGGUNA TIDAK MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN |