Gambar Bilik Mesyuarat
- Hits: 6883
Auditorium
Dewan Kuliah
SYARAT DAN PERATURAN PINJAMAN ALATAN MEDIA
Pejabat Pengarah berhak membatalkan kelulusan permohonan pada bila-bila masa sekiranya pemohon/pengguna tidak mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan
ALATAN MEDIA
Bahagian Media, Pejabat Pengarah menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan media untuk mana-mana PTJ dan terbuka kepada semua staf dan pelajar yang berkhidmat/belajar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan, kursus, seminar, majlis rasmi universiti dan seumpamanya.
Permohonan pinjaman alatan ini boleh dibuat terus dengan Bahagian Media yang berpejabat di bawah Kompleks Dewan Kuliah.
Peralatan yang disediakan
Panduan Tempahan Peralatan
Maklumat Tambahan
Dewan-Dewan Kuliah (1 hingga 11), Auditorium, Dewan Utama, Dewan Seminar dan Dewan Peperiksaan Baru telah disediakan sistem audio dan LCD Projector (Komputer tidak disediakan).
Walau bagaimanapun, bagi Dewan Kuliah 1 hingga 9, komputer yang disediakan adalah untuk sesi kuliah semester sahaja.
Syarat dan Peraturan Pentadbiran
Boleh digunakan oleh pelajar dan kakitangan untuk sebarang program/aktiviti yang berkaitan dengan universiti
Keutamaan penggunaan dewan adalah tertakluk kepada program/aktiviti rasmi universiti atau kampus
Hanya dibenarkan untuk program/aktiviti pelajar yang dikendalikan bersama atau diluluskan oleh Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (BHEPP) sahaja
Program/aktiviti pelajar yang memerlukan kapasiti dewan yang lebih besar disaran supaya diadakan di Dewan Pusat Pembangunan Siswa (PUMA)
Tentatif program/aktiviti perlu diserahkan ke Pejabat Pengarah sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ia dilaksanakan
Boleh disewakan kepada pihak luar berdasarkan kepada acara tertentu dengan kadar sewaan yang telah ditetapkan (Majlis kenduri perkahwinan atau yang seumpama dengannya adalah tidak dibenarkan)
Syarat dan Peraturan Teknikal
Pemohon/pengguna perlu hadir semasa pemasangan peralatan audio/visual dilakukan
Semua peralatan audio/visual yang disediakan semasa program/aktiviti dijalankan adalah tanggungjawab pengguna
Kemudahan dewan seperti langsir dan houselight perlu dikawal oleh pengguna sendiri
Tidak dibenarkan menggantung sebarang benda pada Lighting Barrel
PEJABAT PENGARAH BERHAK MEMBATALKAN KELULUSAN PERMOHONAN PADA BILA-BILA MASA SEKIRANYA PEMOHON/PENGGUNA TIDAK MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN |