Skip to main content

Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin USM

PEJABAT PENGARAH KKTSS ANJUR MAKMAL PEMANTAPAN LAMAN SESAWANG, PERKASA PENYAMPAIAN MAKLUMAT DIGITAL JABATAN

NIBONG TEBAL - Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS), Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Makmal Pemantapan Laman Sesawang sebagai usaha memantapkan pengurusan dan penyampaian maklumat rasmi jabatan secara digital.

Bertempat di Dewan Seminar, Pusat Pentadbiran KKTSS, sesi berkenaan menghimpunkan 15 staf Pejabat Pengarah yang dibimbing oleh fasilitator daripada Pusat Transformasi Digital (PTD) KKTSS, Mohamed Amir Husaini Abdul Hamid dan Mohd Jamil Kasim.

Amir dan Jamil hadir dalam memberikan bimbingan teknikal, penyelarasan struktur serta latihan praktikal (hands-on) berkaitan penyediaan dan pengemaskinian kandungan laman sesawang Pejabat Pengarah.

Antara aspek yang diberi tumpuan termasuk mengenal pasti maklumat yang tidak lagi relevan, membaiki pautan yang tidak berfungsi, menyeragamkan format kandungan serta memperjelas peranan dan tanggungjawab staf dalam pengurusan laman sesawang.

Menurut Ketua Penolong Pendaftar Pejabat Pengarah KKTSS, Mohd Kamil Ashar, usaha ini penting bagi memastikan maklumat berkaitan Pejabat Pengarah sentiasa tepat, terkini dan mudah dicapai oleh warga universiti serta masyarakat umum.

Menurut Kamil, ianya adalah selaras dengan keperluan penyampaian maklumat yang lebih cekap dalam persekitaran digital sambil merakamkan penghargaan kepada pihak fasilitator dan semua staf atas komitmen serta perkongsian idea yang diberikan sepanjang sesi berkenaan.

“Banyak hasil dan perkongsian baharu yang diperoleh menerusi makmal ini,” ujar beliau.

“Pandangan yang diberikan amat bernas dan kita yakin laman sesawang Pejabat Pengarah selepas ini akan menjadi lebih ceria, mesra pengguna serta memudah cara tugas pasukan pentadbir (admin) dalam mengemas kini maklumat,” katanya.

Kamil turut menambah bahawa kejayaan sesi berkenaan turut mencerminkan keberkesanan semangat kerja berpasukan (teamwork) dalam kalangan staf, selain menyatakan hasrat agar program pemantapan pasukan dapat dianjurkan di luar kampus pada masa akan datang.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

  • Created on .