SESI TOWNHALL BERSAMA YDP PERSATUAN & PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN USM
21 MEI 2025, Nibong Tebal - Satu sesi Townhall, anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah berlangsung antara Pengarah Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha, dan barisan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Pelajar, bagi memperkukuhkan komunikasi dua hala dan isu-isu berbangkit antara pihak pengurusan dan pemimpin pelajar.
Sesi konstruktif dua hala ini menjadi medan perbincangan terbuka berkenaan isu kebajikan pelajar, pembangunan persatuan, serta hala tuju kepimpinan mahasiswa di kampus.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Ketua Penolong Pendaftar Pejabat Pengarah, Encik Mohd Kamil Ashar.
Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman