NIBONG TEBAL, 10 September 2026 - Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS), Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Makmal Pemantapan Laman Sesawang sebagai usaha memantapkan pengurusan dan penyampaian maklumat rasmi jabatan secara digital.
Bertempat di Dewan Seminar, Pusat Pentadbiran KKTSS, sesi berkenaan menghimpunkan 15 staf Pejabat Pengarah yang dibimbing oleh fasilitator daripada Pusat Transformasi Digital (PTD) KKTSS, Mohamed Amir Husaini Abdul Hamid dan Mohd Jamil Kasim.