Tatacara Permohonan
STAF DAN PELAJAR
- Untuk tempahan, pemohon boleh mengisi borang tempahan secara online melalui Sistem Permohonan Online (SPO) dengan login ke Tempahan Dewan menggunakan ID pengguna dan kata laluan Campus Online
- Permohonan daripada pelajar perlu disertakan bersama borang khas/surat rasmi yang telah disahkan dari Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) dan Pengarah Kampus.
- Kelulusan bergantung kepada justifikasi yang kukuh dan keutamaan penggunaan dewan adalah tertakluk kepada program/aktiviti rasmi universiti atau kampus
- Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya empat (4) hari bekerja sebelum majlis. Jika sebaliknya, permohonan akan berstatus TIDAK LENGKAP dipaparkan pada sistem. Pemohon perlu menghubungi Pejabat Pengarah untuk tindakan selanjutnya
- Borang tempahan yang telah dicetak perlu disahkan oleh Ketua Jabatan/Pegawai sebelum dimajukan ke Pejabat Pengarah
- Pemohon perlu berurusan dengan Bahagian Media, Pejabat Pengarah sekurang-kurangnya sehari sebelum majlis untuk pengesahan peralatan dan hal-hal berkaitan teknikal supaya majlis berjalan lancar
- Sebarang pembatalan permohonan perlu dimaklumkan segera supaya tempahan dapat dimanfaatkan oleh pemohon lain
- Pemohon perlu mematuhi syarat dan peraturan penggunaan dewan yang telah ditetapkan oleh Universiti
Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut:
Puan Puan Norafiza Binti Osman
04-599 5004
SYARAT DAN PERATURAN PENGGUNAAN DEWAN UTAMA
PERATURAN DAN GARIS PANDUAN KEBERSIHAN DEWAN
Carta Alir Tempahan Dewan/Bilik Mesyuarat/Bilik Khas untuk Pelajar & Staf