PROF DR. NOR AZAZI DILANTIK NAIB PENGERUSI I MANCID

azazi.jpg

USM, PENANG, 8 Jun 2022 - Pengarah Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) Prof. Dr. Nor Azazi bin Zakaria telah dilantik sebagai Naib Pengerusi I Persatuan Kebangsaan Bagi Pengairan Dan Saliran Malaysia atau Malaysia National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) berkuat kuasa pada 27 Mei 2022.

Hal ini dimaklumkan oleh Pengerusi MANCID, Mohamad Radzi Bin Abdul Talib dalam suratnya bertarikh 7 Jun 2022.

MANCID ditubuhkan pada tahun 1958 sebagai pertubuhan sukarela berkaitan saintifik dan teknikal yang memberikan maklumat dan data saliran dan kawalan banjir yang disahkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Teks : Mohamad Abdullah