ILMU PROTOKOL & PENGACARAAN MAJLIS JADI FOKUS LATIHAN ANJURAN PEJABAT PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN

NIBONG TEBAL, 19 November 2025 - Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Kursus Amalan Protokol dan Peranan dalam Pengacaraan Majlis bertempat di Dewan Seminar kampus, di sini, hari ini.
Program selama sehari itu disertai seramai 22 peserta, merangkumi staf Pejabat Pengarah serta wakil daripada Jabatan Pendaftar, Perpustakaan Musa Mohamad, Pusat Penyelidikan Sains & Kejuruteraan (SERC) dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik.
Ketua Penolong Pendaftar Pejabat Pengarah, Encik Mohd Kamil Ashar, bertindak sebagai penceramah dengan berkongsi ilmu dan kemahiran berkaitan protokol serta pengacaraan majlis.
Penganjuran kursus ini adalah bertujuan mempertingkatkan tahap profesionalisme peserta yang terlibat dalam mengendalikan majlis-majlis rasmi di Kampus Kejuruteraan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman