• Tempahan Dewan Serbanguna 1

  • Bilik Menunggu Tetamu 2

  • Bilik Mesyuarat

  • Tempahan Peralatan Media

  • Anjung Varsiti 2

  • Anjung Varsiti

PERATURAN DAN GARIS PANDUAN KEBERSIHAN DEWAN

  1. Tidak dibenar menggunakan sebarang peralatan yang boleh mencacatkan atau merosakkan permukaan lantai/dinding dewan seperti gam, paku dan sebagainya. Sebarang kerosakan atau kecacatan akibat daripada kerja-kerja tambahan yg dibuat perlu ditanggung oleh pihak penganjur

  2. Menanggalkan kembali semua bahan yang digantung atau ditampal di dinding dewan sebaik sahaja aktiviti tamat    

  3. Berurusan dan memastikan penyaji/pembekal makanan mematuhi perkara-perkara berikut:

    1. Penyaji makanan tidak dibenarkan mengguna polisterina dalam penyediaan makanan selaras dengan peraturan Universiti. Hanya bekas makanan mesra alam yang dibenarkan

    2. Penyaji makanan tidak dibenarkan membasuh pinggan mangkuk di kawasan dewan kerana boleh memberi kesan terhadap sistem saliran mesra alam yang dibina dikeseluruhan kawasan kampus

    3. Penyaji makanan tidak dibenarkan memasak atau menggunakan sebarang bentuk bahan api untuk kegunaan memasak kecuali mendapat kebenaran daripada pihak Universiti

    4. Semua sisa makanan hendaklah dimasukkan ke dalam plastik sampah dan penyaji makanan dikehendaki membawa keluar plastik-plastik tersebut daripada kawasan kampus selepas aktiviti tamat. Jangan tinggalkan plastik sampah tersebut di kawasan dewan bagi mengelak persekitarannya berbau busuk, kotor serta pandangan yang menjijikkan apabila sampah tersebut diselongkar oleh haiwan atau dihurungi oleh lalat

  4. Penalti sebanyak RM500 akan dikenakan kepada penganjur jika aspek   kebersihan  di dalam dan di luar dewan tidak dipatuhi. Wang penalti ini adalah bayaran upah kepada pekerja kontrak untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan

    Peraturan/garis panduan ini adalah bertujuan untuk mendidik & menyedarkan pengguna bahawa menjaga kebersihan dewan serta persekitarannya adalah   merupakan tanggungjawab bersama dan bukan terletak kepada pihak tertentu sahaja. Perkara ini perlu diberi perhatian kerana ia melibatkan kesejahteraan dan  kelestarian   kampus ini.  Terima kasih  di atas  kerjasama  yang diberikan