SESI LAWATAN PENGARAH KAMPUS, PENTAS PERBINCANGAN PRESTASI, HALA TUJU DAN CABARAN SETIAP PTJ DI KAMPUS KEJURUTERAAN USM

 DSC 0324

NIBONG TEBAL, 10 Ogos 2023 – Sesi Lawatan Pengarah Kampus, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin yang bermula pada Isnin, 7 Ogos baru-baru ini menjadi pentas perbincangan akan prestasi, hala tuju dan cabaran semua Pusat Tanggungjawab serta Pusat Pengajian di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM).

“Sebagai Pengarah, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk tahu dengan lebih mendalam akan situasi kampus sepanjang masa,” kata Azlina.

DSC 0326 DSC 0426 

DSC 0458 DSC 0464

“Apabila turun sendiri ke lapangan seperti ini, saya bukan sahaja akan dimaklumkan secara terperinci akan fungsi setiap PTJ dan Pusat Pengajian yang ada di Kampus Kejuruteraan, malah kesempatan ini membuka peluang untuk mereka mengenali saya dengan lebih dekat juga,”

“Atas alasan inilah saya memilih untuk hadir sendiri sambil melawat ke semua semua PTJ kerana ianya adalah lebih berimpak tinggi berbanding jika hanya menjemput wakil-wakil jabatan untuk datang ke pejabat dan bermesyuarat,” tambah beliau.

Menurut Azlina lagi, sesi lawatan ini akan turut membuka ruang untuk menjernihkan semua persoalan yang ingin diutarakan kepada beliau kerana ianya akan boleh dijawab secara langsung sepanjang pertemuan tersebut diadakan.

“Tugas saya di sini bukan hanya untuk bersedia dalam memberikan khidmat nasihat serta galakan kepada anda semua.

“Tapi, kita juga, secara bersama akan mencari inisiatif serta jalan keluar untuk sebarang permasalahan yang wujud demi kesejahteraan semua pihak,” tambah Profesor Datin Dr. Azlina.

“Semoga setiap daripadanya dapat diselesaikan dengan baik dan menghasilkan situasi menang-menang untuk semua,” kata beliau lagi.

DSC 0503 DSC 0564

DSC 0626 DSC 0732

DSC 0852 DSC 0862

Dalam pada itu, Pengarah Kampus ke-10 ini turut menggesa agar warga Kampus Kejuruteraan untuk bergandingan sebagai satu pasukan dan memelihara hubungan silaturahim antara satu sama lain demi mengekalkan suasana kerja kondusif sedia ada.

“Malah, saya juga sedang berusaha untuk mencari ruang serta peluang agar lebih banyak kerjasama antara PTJ di Kampus Kejuruteraan berlaku di masa akan datang.

Sesi lawatan Pengarah Kampus Kejuruteraan ini merupakan yang pertama dilaksanakan selepas pelantikan beliau pada 1 Ogos lalu dan ianya akan berlangsung sehingga 23 Ogos akan datang, melibatkan 13 PTJ serta enam (6) buah pusat pengajian.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman