PERPUSTAKAAN JADI PENUTUP SESI LAWATAN PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN

DSC 4667

NIBONG TEBAL, 8 September 2023 – Perpustakaan Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi penutup kepada Sesi Lawatan Pengarah Kampus, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin yang berakhir di sini hari ini.

Lawatan tersebut yang melibatkan 20 buah Pusat Tanggungjawab (PTJ) termasuk enam buah Pusat Pengajian di Kampus Kejuruteraan tersebut bermula pada Isnin, 7 Ogos 2023 yang lalu menjadi lawatan pertama beliau sebaik mula menyandang jawatan Pengarah Kampus pada 1 Ogos 2023.

Azlina dalam perbincangan bersama wakil dari Perpustakaan sepanjang lawatan ini berkata, beliau berpuas hati apabila berjaya menamatkan sesi lawatan pada hari ini walaupun berdepan dengan kekangan dari segi jadual kerja yang padat sebagai Pengarah Kampus.

DSC 4568

DSC 4572

DSC 4607

Usai lawatan, beliau turut menekankan pentingnya peranan setiap PTJ serta Pusat Pengajian yang ada di Kampus Kejuruteraan tanpa mengambil kira perbezaan dari segi fungsi serta latar belakang masing-masing.

“Kita sama-sama penting, tiada istilah hierarki atau siapa lebih baik antara satu sama lain di kampus ini”

“Semua pihak dalam mewakili PTJ serta Pusat Pengajian masing-masing perlu menjalankan tanggungjawab sebagai warga Kampus Kejuruteraan agar lebih cemerlang secara bersama di masa akan datang,” kata beliau.

Sesi Lawatan Pengarah Kampus ke semua PTJ dan Pusat Pengajian Kampus Kejuruteraan ini diadakan sebagai satu inisiatif beliau untuk mendalami fungsi setiap PTJ dan Pusat Pengajian yang ada di Kampus Kejuruteraan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman