PENGARAH KAMPUS HADIR MEWAKILI NC DI MAJLIS APRESIASI PUISI MERDEKA 2023 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DAN PELANCARAN BUKU INTERAKTIF PERSEMBAHAN GHAZAL MALAYSIA

DSC 5393

NIBONG TEBAL, 16 September – Pengarah Kampus, Kampus Kejuruteraan, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin hari ini hadir mewakili Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) dalam majlis Apresiasi Puisi Merdeka 2023 peringkat negeri Pulau Pinang dan pelancaran Buku Interaktif Persembahan Ghazal Malaysia.

DSC 5381

DSC 5589

DSC 5644

Pelancaran Buku Interaktif Persembahan Ghazal Malaysia, buku pertama seumpanya yang bersifat interaktif mencerminkan kemajuan seni budaya kita seiring dengan kemajuan negara disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak.

Majlis Apresiasi Puisi Merdeka pula diadakan dengan matlamat untuk mengolah dan menjadikan puisi sebagai pembakar semangat patriotik masyarakat berbilang kaum di Malaysia sambil menghayatinya dengan penuh iltizam demi erti kemerdekaan yang sebenar.

DSC 5459

DSC 5677

DSC 5693

Bertempat di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan USM, kedua-dua program ini merupakan anjuran Persatuan Karyawan Pulau Pinang (KARYAWAN) dan diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 persatuan tersebut pada kali ini.

Turut hadir adalah Toh Puan Dato' Seri Utama Khadijah Mohd Nor; Timbalan Ketua Menteri l Pulau Pinang Dato' Dr. Mohamad Abdul Hamid dan isteri; Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato' Mohd Sayuthi Bakar; Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Mohd Yusoff Latiff dan Presiden Karyawan Negeri Pulau Pinang, Dato' Dr. Sohaimi Abdul Aziz.