KUMPULAN PELAKSANA BERPERANAN PENTING DALAM GERAK KERJA UNIVERSITI – PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN

WhatsApp Image 2023 09 25 at 4.56.48 PM

NIBONG TEBAL, 25 September 2023 – Kumpulan Pelaksana memainkan peranan penting dalam memastikan gerak kerja di semua kampus Universiti Sains Malaysia (USM) berjalan lancar, kata Pengarah Kampus, Kampus Kejuruteraan, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin.

Azlina berkata demikian dalam satu sesi Kunjungan Hormat Kesatuan Kakitangan Am (KKAUSM) dan Perbincangan, antara beliau dengan lapan orang wakil kesatuan tersebut yang diadakan di Pejabat Pengarah hari ini.

“Setiap daripada kita di USM semestinya mempunyai peranan masing-masing dalam menyumbang kepada kecemerlangan universiti dan ianya tidak terhad kepada mereka dari kalangan pensyarah serta kumpulan Pengurusan dan Profesional sahaja,” kata beliau.

WhatsApp Image 2023 09 25 at 4.56.48 PM 3

WhatsApp Image 2023 09 25 at 4.56.45 PM 1

“Kita semua mempunyai kapasiti serta bahagian tugas tersendiri di mana ianya adalah sejajar dengan lantikan jawatan masing-masing.

“Oleh yang demikian, tiada istilah siapa yang lebih penting dan siapa yang memberi lebih sumbangan kepada institusi kerana kita semua bekerja dengan matlamat untuk menjadi tulang belakang dalam memastikan USM berada di kedudukan lebih baik dari semasa ke semasa,” tambah Azlina.

Dalam pada itu, Presiden KKAUSM, Encik Mohd Zulkifly Ibrahim dari Pusat Pengetahuan komunikasi dan Teknologi, berharap agar pertemuan ini menjadi satu platform dalam memperkenalkan barisan pengurusan tertinggi kesatuan kepada Pengarah Kampus Kejuruteraan USM.

Turut hadir adalah Naib Presiden KKAUSM, Encik Mohamad Khusaini Jamaluddin dari Institut Penyelidikan Perubatan Molekul, Setiausaha Agung KKAUSM, Encik Nor Amin Ahmad dari Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti, Penolong Setiausaha KKAUSM, Encik Azham Murat dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Bendahari KKAUSM, Encik Norhiman Ahmad dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Penolong Bendahari KKAUSM, Encik Syaarani Amri Muhammad dari Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti Kampus Kesihatan, Pengerusi KKAUSM Kampus Kejuruteraan, Puan Hasnah Hassan Pengerusi dari Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni dan Exco KKAUSM Kampus Kejuruteraan, Encik Mohad Shukri Zambri dari Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti.