englast22

PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN RAIKAN PERTUKARAN JABATAN STAF DAN TAMAT LATIHAN PELAJAR INDUSTRI

WhatsApp Image 2023 10 06 at 10.48.46 AM

NIBONG TEBAL, 6 Oktober 2023 – Pengarah Kampus, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ kamaruddin hari ini meraikan pertukaran jabatan Pemandu Kenderaan, Encik Ros Nizam Ismail dan tamat latihan industri, pelajar dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Cik Siti Nur Aishah Adzhar.

Profesor Datin Dr. Azlina dalam ucapan beliau menyatakan rasa terima kasih serta penghargaan di atas sumbang bakti serta perkhidmatan kedua-dua individu ini selama mereka berada di Pejabat Pengarah, Kampus kejuruteraan USM.

“Kepada Aisyah, semoga pengalaman yang didedahkan di Pejabat Pengarah sepanjang 12 minggu ini dapat dijadikan panduan ketika mendapatkan pekerjaan dalam dunia pekerjaan sebenar kelak.

“Saya turut berharap agar selain daripada pengalaman profesional yang diterima, Aisyah juga telah berjaya membina kemahiran-kemahiran berguna lain seperti kemahiran komunikasi serta kemahiran interpersonal,” kata Azlina.

WhatsApp Image 2023 10 06 at 10.49.26 AM

“Kepada Encik Ros Nizam, terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang anda sepanjang menjadi pemandu saya selama dua bulan ini.

“Terima kasih kerana sentiasa menepati masa dan berhemah dalam pemanduan anda,” kata beliau lagi.

Encik Ros Nizam mula berkhidmat di Pejabat Pengarah dari 1 Ogos hingga 2 Oktober 2023 lalu, manakala Cik Siti Nur Aisyah telah menjalani latihan industri sejak 17 Julai hingga 6 Okotber 2023 hari ini.

FaLang translation system by Faboba

Title

Title

Title

Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia, 14300, Nibong Tebal Pulau Pinang. MALAYSIA
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.