• Tempahan Dewan Serbanguna 1

  • Bilik Menunggu Tetamu 2

  • Bilik Mesyuarat

  • Tempahan Peralatan Media

  • Anjung Varsiti 2

  • Anjung Varsiti

SYARAT DAN PERATURAN PENGGUNAAN DEWAN UTAMA

Syarat dan Peraturan Pentadbiran

  1. Boleh digunakan oleh pelajar dan kakitangan untuk sebarang  program/aktiviti yang berkaitan dengan universiti

  2. Keutamaan penggunaan dewan adalah tertakluk kepada program/aktiviti rasmi universiti atau kampus

  3. Hanya dibenarkan untuk program/aktiviti pelajar yang dikendalikan bersama atau diluluskan oleh Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (BHEPP) sahaja

  4. Program/aktiviti pelajar yang memerlukan kapasiti dewan yang lebih besar disaran supaya diadakan di Dewan Pusat Pembangunan Siswa (PUMA)

  5. Tentatif program/aktiviti perlu diserahkan ke Pejabat Pengarah sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ia dilaksanakan

  6. Boleh disewakan kepada pihak luar berdasarkan kepada acara tertentu dengan kadar sewaan yang telah ditetapkan (Majlis kenduri perkahwinan atau yang seumpama dengannya adalah tidak dibenarkan)

Syarat dan Peraturan Teknikal

  1. Pemohon/pengguna perlu hadir semasa pemasangan peralatan audio/visual dilakukan

  2. Semua peralatan audio/visual yang disediakan semasa program/aktiviti dijalankan adalah tanggungjawab pengguna

  3. Kemudahan dewan seperti langsir dan houselight perlu dikawal oleh pengguna sendiri

  4. Tidak dibenarkan menggantung sebarang benda pada Lighting Barrel

PEJABAT PENGARAH BERHAK MEMBATALKAN KELULUSAN PERMOHONAN PADA BILA-BILA MASA SEKIRANYA PEMOHON/PENGGUNA TIDAK MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN

PERATURAN DAN GARIS PANDUAN KEBERSIHAN DEWAN

  1. Tidak dibenar menggunakan sebarang peralatan yang boleh mencacatkan atau merosakkan permukaan lantai/dinding dewan seperti gam, paku dan sebagainya. Sebarang kerosakan atau kecacatan akibat daripada kerja-kerja tambahan yg dibuat perlu ditanggung oleh pihak penganjur

  2. Menanggalkan kembali semua bahan yang digantung atau ditampal di dinding dewan sebaik sahaja aktiviti tamat    

  3. Berurusan dan memastikan penyaji/pembekal makanan mematuhi perkara-perkara berikut:

    1. Penyaji makanan tidak dibenarkan mengguna polisterina dalam penyediaan makanan selaras dengan peraturan Universiti. Hanya bekas makanan mesra alam yang dibenarkan

    2. Penyaji makanan tidak dibenarkan membasuh pinggan mangkuk di kawasan dewan kerana boleh memberi kesan terhadap sistem saliran mesra alam yang dibina dikeseluruhan kawasan kampus

    3. Penyaji makanan tidak dibenarkan memasak atau menggunakan sebarang bentuk bahan api untuk kegunaan memasak kecuali mendapat kebenaran daripada pihak Universiti

    4. Semua sisa makanan hendaklah dimasukkan ke dalam plastik sampah dan penyaji makanan dikehendaki membawa keluar plastik-plastik tersebut daripada kawasan kampus selepas aktiviti tamat. Jangan tinggalkan plastik sampah tersebut di kawasan dewan bagi mengelak persekitarannya berbau busuk, kotor serta pandangan yang menjijikkan apabila sampah tersebut diselongkar oleh haiwan atau dihurungi oleh lalat

  4. Penalti sebanyak RM500 akan dikenakan kepada penganjur jika aspek   kebersihan  di dalam dan di luar dewan tidak dipatuhi. Wang penalti ini adalah bayaran upah kepada pekerja kontrak untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan

    Peraturan/garis panduan ini adalah bertujuan untuk mendidik & menyedarkan pengguna bahawa menjaga kebersihan dewan serta persekitarannya adalah   merupakan tanggungjawab bersama dan bukan terletak kepada pihak tertentu sahaja. Perkara ini perlu diberi perhatian kerana ia melibatkan kesejahteraan dan  kelestarian   kampus ini.  Terima kasih  di atas  kerjasama  yang diberikan

DEWAN

DEWAN

Pejabat Pengarah mempunyai beberapa dewan dibawah seliaan yang digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan, kursus, seminar, majlis rasmi universiti dan seumpamanya yang dilengkapi dengan alatan tertentu seperti  LCD Projector skrin dan PA system dan terbuka kepada semua staf dan pelajar yang berkhidmat/belajar serta sewaan kepada pihak luar di Kampus Kejuruteraan.

Dewan dibawah Seliaan Pejabat Pengarah

 Nama Dewan Kapasiti Konsep Justifikasi Sewaan Pihak Luar
 Dewan Utama (DU) 1,800 Umum (mendatar) Peperiksaan & Majlis Rasmi Ya
 Dewan Serbaguna (DSG) 400 Umum (mendatar) Peperiksaan, Pengajian/Pembelajaran & Majlis Tertentu Ya
 Dewan Seminar 80 Umum (mendatar) Aktiviti Universiti Tidak

Dewan Lain dibawah Seliaan Pejabat Pengarah

Dewan Lain dibawah Seliaan Pejabat Pengarah

Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah

Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah

Foyer

Foyer

*Sewaan kepada pihak luar akan dikenakan caj yang telah ditetapkan oleh Universiti

Untuk tempahan dewan, pemohon boleh mengisi borang tempahan secara online melalui Sistem Permohonan Online (SPO) dengan login ke http://servisdesk.eng.usm.my/default.asp?ptj=pengarah menggunakan ID pengguna dan kata laluan Campus Online.

Maklumat tambahan

Permohonan daripada pelajar perlu disertakan bersama borang khas/surat rasmi yang telah disahkan dari Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (BHEPP) dan Pengarah Kampus

Kelulusan bergantung kepada justifikasi yang kukuh dan keutamaan penggunaan dewan adalah tertakluk kepada program/aktiviti rasmi universiti atau kampus

Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya empat (4) hari bekerja sebelum majlis. Jika sebaliknya, permohonan akan berstatus TIDAK LENGKAP dipaparkan pada sistem. Pemohon perlu menghubungi Pejabat Pengarah untuk tindakan selanjutnya

Borang tempahan yang telah dicetak perlu disahkan oleh Ketua Jabatan/Pegawai sebelum dimajukan ke Pejabat Pengarah

Pemohon perlu berurusan dengan Bahagian Media, Pejabat Pengarah sekurang-kurangnya sehari sebelum majlis untuk pengesahan peralatan dan hal-hal berkaitan teknikal supaya majlis berjalan lancar

Sebarang pembatalan permohonan perlu dimaklumkan segera supaya tempahan dapat dimanfaatkan oleh pemohon lain

Pemohon perlu mematuhi syarat dan peraturan penggunaan dewan yang telah ditetapkan oleh Universiti  

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut:
Nama : Puan Wan Zalina Othman
Tel : 04-599 5004
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


LINK:

SYARAT DAN PERATURAN PENGGUNAAN DEWAN UTAMA

PERATURAN DAN GARIS PANDUAN KEBERSIHAN DEWAN

GAMBAR DEWAN

GAMBAR BILIK MESYUARAT PEJABAT PENGARAH

GAMBAR FOYER

KEMUDAHAN

Universiti Sains Malaysia adalah institusi pendidikan tinggi terulung di Pulau Pinang dan Utara Semenanjung Malaysia. Sejajar dengan status ini, semestinya USM senantiasa menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih kondusif, bertaraf antara bangsa dan mengikut kelasnya yang tersendiri.

Kampus Kejuruteraan USM menyediakan 10 dewan kuliah yang lengkap dan terkini bagi memastikan para siswa mendapat keselesaan dan kualiti yang terbaik. Di samping dewan-dewan kuliah dan juga bilik-bilik kuliah yang terdapat di bangunan pusat pengajian masing-masing, terdapat juga beberapa kemudahan lain seperti Dewan Utama, Dewan Peperiksaan, Auditorium, Dewan Seminar, Pusat Pembangunan Mahasiswa, Dewan Banquet dan sebagainya.

Keterampilan suasana ini menambah keyakinan ibu bapa, para pelajar, masyarakat sekitar memilih kampus ini sebagai destinasi ilmu yang amat sesuai untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pembelaran di sini.

Peningkatkan kesedaran sektor kerajaan dan swasta serta awam (public awareness) tentang kewujudan institusi pendidikan tinggi di sini cukup memberansangkan minat mereka untuk memilih destinasi kami sebagai platform yang paling sesuai untuk menjalankan aktiviti mereka.

Di pejabat pengarah, setiap kemudahan yang terdapat Kompleks Dewan Kuliah, Dewan Utama dan Dewan Seminar di Bangunan Pentadbiran senantiasa dijaga dan diselenggara dengan baik oleh kami.

Anda boleh menempah kemudahan ini secara online seperti yang disediakan.

 Kemudahan Kondusif