• Tempahan Dewan Serbanguna 1

  • Bilik Menunggu Tetamu 2

  • Bilik Mesyuarat

  • Tempahan Peralatan Media

  • Anjung Varsiti 2

  • Anjung Varsiti

SYARAT DAN PERATURAN PINJAMAN ALATAN MEDIA

SYARAT DAN PERATURAN PINJAMAN ALATAN MEDIA

  1. Peralatan yang dipinjam hanya untuk aktiviti-aktiviti rasmi Universiti dan aktiviti siswa sahaja
  2. Pengguna perlu memastikan peralatan yang diambil berfungsi dengan baik sebelum digunakan
  3. Pemohon perlu menggunakan peralatan dalam masa yang dibenarkan dan mengembalikan peralatan pada tarikh dan masa yang ditetapkan serta berada dalam keadaan baik
  4. Pemohon perlu bertanggungjawab terhadap keadaan, keselamatan, kerosakan/kehilangan peralatan yang dipinjam
  5. Peralatan yang ingin dipinjam boleh diambil pada setiap hari bekerja (Isnin – Jumaat) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
  6. Pengguna perlu membuat laporan bertulis kepada Jabatan Keselamatan jika peralatan yang dipinjam hilang sewaktu tempoh pinjaman

 Pejabat Pengarah berhak membatalkan kelulusan permohonan pada bila-bila masa sekiranya pemohon/pengguna tidak mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan

ALATAN MEDIA

ALATAN MEDIA

Bahagian Media, Pejabat Pengarah menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan media untuk mana-mana PTJ dan terbuka kepada semua staf dan pelajar yang berkhidmat/belajar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan, kursus, seminar, majlis rasmi universiti dan seumpamanya.
Permohonan pinjaman alatan ini boleh dibuat terus dengan Bahagian Media yang berpejabat di bawah Kompleks Dewan Kuliah.

Peralatan yang disediakan

audiovisual

Panduan Tempahan Peralatan

  1. Mengisi borang permohonan dengan lengkap dan diserahkan kepada Bahagian Media
  2. Pemohon perlu mematuhi syarat-syarat pinjaman yang telah ditetapkan
  3. Borang permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum dari tarikh pinjaman
  4. Bagi projek pelajar, perlu disertakan borang kebenaran projek yang telah diluluskan oleh BHEPP
  5. Permohonan pinjaman adalah untuk kegunaan rasmi sahaja dan bukan untuk tujuan persendirian
  6. Pemohon bertanggungjawab ke atas keselamatan peralatan termasuk dari segi pengambilan dan pemulangan peralatan
  7. Bagi peralatan yang hendak dibawa keluar dari kampus, perlu mengemukakan permohonan 10 hari sebelum tarikh pinjaman untuk urusan penyediaan insuran
  8. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Media di sambungan 04-599 5404/5405/5408/5254

Maklumat Tambahan

Dewan-Dewan Kuliah (1 hingga 11), Auditorium, Dewan Utama, Dewan Seminar dan Dewan Peperiksaan Baru telah disediakan sistem audio dan LCD Projector (Komputer tidak disediakan).

Walau bagaimanapun, bagi Dewan Kuliah 1 hingga 9, komputer yang disediakan adalah untuk sesi kuliah semester sahaja.

SYARAT DAN PERATURAN PINJAMAN ALATAN MEDIA

GAMBAR ALATAN