• Tempahan Dewan Serbanguna 1

  • Bilik Menunggu Tetamu 2

  • Bilik Mesyuarat

  • Tempahan Peralatan Media

  • Anjung Varsiti 2

  • Anjung Varsiti

Tatacara Permohonan - Lawatan

  1. Pemohon perlu menghantar surat atau e-mel permohonan lawatan kepada pegawai di Pejabat Pengarah seperti alamat berikut:

    Encik Muhammad Sallehuddin Bin Abdul Hamid
    Penolong Pendaftar Kanan
    Pejabat Pengarah
    Kampus Kejuruteraan
    Universiti Sains Malaysia
    14300 Nibong Tebal
    Pulau Pinang

  2. Surat rasmi yang telah lengkap boleh dihantar melalui faks atau emel seperti berikut:
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. & Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Fax : 04-599 6902

  3. Setiap pemohon perlu memohon sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh lawatan untuk memudahkan proses lawatan diuruskan

  4. Kelulusan lawatan boleh diketahui dalam tempoh 7 hari dalam waktu bekerja

  5. Pemohon menerima surat kelulusan daripada Pejabat Pengarah, Kampus Kejuruteraan, USM

  6. Pemohon perlu mendaftarkan diri kepada Pegawai Keselamatan di pintu masuk Kampus Kejuruteraan, USM dengan mengemukakan surat kelulusan lawatan

  7. Pemohon bertanggungjawab ke atas keselamatan barangan, harta benda dan ahli pelawat semasa lawatan dijalankan

  8. Pemohon perlu mematuhi garis panduan dan peraturan lawatan yang telah ditetapkan oleh Universiti
     
  9. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut:
    Nama : Puan Norafiza Osman
    Tel : 04-599 5004
    E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Carta Alir Proses Permohonan Lawatan

Carta Alir Permohonan Lawatan

 

Last Update: 4 September 2021

Pengenalan

Lawatan Pelajar

Universiti Sains Malaysia sentiasa mengalu-alukan kedatangan para tetamu dalam dan luar negara yang ingin melawat dan mengetahui dengan lebih lanjut serta mengenali USM dengan lebih dekat lagi.

Di samping suasana pembelajaran dalam kampus yang kondusif, kursus-kursus yang ditawarkan di Kampus Kejuruteraan adalah antara yang terbaik dan sentiasa menjadi pilihan utama pelajar untuk memilih USM.

Pejabat Pengarah juga merupakan Pusat Media dan Perhubungan Awam yang menjadi perantara dalam menghubungkan dan mendekatkan masyarakat luar dengan universiti.

Tempat-tempat yang boleh dilawati dan sentiasa mendapat sambutan adalah seperti pusat-pusat pengajian, perpustakaan, tasek, dewan-dewan kuliah, pusat sukan dan sebagainya lagi.

"KAMI SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI APEX YANG BERTARAF GLOBAL, SENTIASA BERBESAR HATI MENERIMA KUNJUNGAN ANDA"

Tatacara Permohonan Audio Visual

  1. Mengisi borang permohonan dengan lengkap dan diserahkan kepada Bahagian Audio Visual.

  2. Borang permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya TUJUH HARI sebelum dari tarikh pinjaman.

  3. Bagi peralatan yang hendak dibawa keluar dari kampus, perlu dipohon 10 hari sebelum tarikh pinjaman untuk urusan penyediaan insuran.

  4. Bagi projek pelajar, perlu disertakan borang kebenaran projek yang telah diluluskan oleh BHEPP.

  5. Permohonan pinjaman adalah untuk kegunaan rasmi sahaja dan bukan untuk tujuan persendirian.

  6. Proses peminjaman dan pemulangan peralatan hanya pada hari bekerja (waktu pejabat).

  7. Pengguna perlu mengambil sendiri peralatan yang hendak dipinjam dan pastikan peralatan tersebut berfungsi dengan baik.

  8. Pengguna bertanggungjawab ke atas keselamatan peralatan yang dipinjam.

  9. Pengguna perlu membuat laporan bertulis kepada Jabatan Keselamatan jika peralatan yang dipinjam hilang sewaktu tempoh pinjaman.

  10. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Audio Visual - 04-599 5404/5405/5408/5254.

 Borang Permohonan Pinjaman Peralatan Audio Visual pdf


PENGGUNA PERLU MEMATUHI SYARAT-SYARAT PINJAMAN YANG TELAH DITETAPKAN animated arrow image 0193

 Divider

Carta Alir Pinjaman Peralatan Audio Visual untuk Pelajar & Staf

Carta Alir Proses Pinjaman Peralatan Audio Visual